ASSALAMUALAIKUM dan salam satu Malaysia
Tanggal 22-28 Mac 2015 (Ahad-Sabtu) bersamaan 1-7 Jamadil Akhir
satu pesta buku telah dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) yang
bertempat di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.
Tujuan pesta buku ini dianjurkan adalah untuk memupuk minat membaca dalam
kalangan pelajar. Ramai penerbit buku menyertai pameran tersebut. Perkara paling istimewa yang ditawarkan kepada pelajar ialah para pelajar boleh membeli buku yang dijual dengan menggunakan baucer buku. secara khasnya, saya sebagai pelajar, amat gembira kerana diberi
kesempatan untuk memiliki bahan bacaan yang bermutu.
Saya juga turut membeli sebuah buku yang berjudul Menunggu
Kedatangan IMAN MAHDI, DAJJAL dan NABI ISA as, nukilan saudara ABDUL LATIF ASYUR. Sinopsis yang boleh
diterjemahkan hasil daripada pembacaan yang telah saya laksanakan ialah:
“Dunia
ini bagaikan lautan yang dalam. Ramai manusia yang karam di dalamnya. Oleh itu
sediakanlah sampan untuk kamu belayar di atasnya iaitu dengan taqwa kepada
Allah. Perjalanan dunia ketika ini hampir pada akhir zaman untuk bertemu dengan
penciptanya. Ramai orang yang lebih cinta dan sayang akan kehidupan duniawi
yang mempersonakan mata ini, sehinggakan kita lupa akan janji dan nikmat yang
kekal abadi di akhirat nanti. Terdapat tiga tanda besar sebagai bukti
bahawa dunia akan mengakhiri hayatnya iaitu dengan datangnya IMAN MAHDI sebagai
juru petunjuk, diiringi dengan DAJJAL musuh yang dilaknati Allah dan terakhir
kemunculan NABI ISA as sebagai insan yang akan membimbing umat ketika itu. Oleh itu, sebelum
tiga tanda besar ini bakal menemui kita segeralah memperbaiki diri dengan iman
dan amal soleh. Secara umunya, buku yang diberi nama Menunggu Kedatangan IMAN MAHDI, DAJJAL dan NABI ISA as ini mengugkapkan tentang ciri-ciri dan
sifat-sifat dari tiga insan yang ditunggu-tunggu itu. Semoga menjadi
peringatan dan pedoman bagi kita semua sebagai umat Nabi Muhammad dan hamba
kepada Allah s.w.t”.
“Tuntulah Ilmu Dari Buaian hingga Ke Liang Lahat”
NAMA: NUR ATHIRAH BINTI ABDULLAH TAHIR
NO. MATRIK: 218930
SUBJEK: SGDN 1043 SAINS PEMIKIRAN ETIKA
NO. MATRIK: 218930
SUBJEK: SGDN 1043 SAINS PEMIKIRAN ETIKA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan