Jumaat, 27 Mac 2015

PESTA BUKU DAN SAYA

 ASSALAMUALAIKUM dan salam satu Malaysia

Tanggal 22-28 Mac 2015 (Ahad-Sabtu) bersamaan 1-7 Jamadil Akhir satu pesta buku telah dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) yang bertempat di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM. 
Tujuan pesta buku ini dianjurkan adalah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Ramai penerbit buku menyertai pameran tersebut. Perkara paling istimewa yang ditawarkan kepada pelajar ialah para pelajar boleh membeli buku yang dijual dengan menggunakan baucer buku. secara khasnya, saya sebagai pelajar, amat gembira kerana diberi kesempatan untuk memiliki bahan bacaan yang bermutu.


Saya juga turut membeli sebuah buku yang berjudul Menunggu Kedatangan IMAN MAHDI, DAJJAL dan NABI ISA as, nukilan saudara ABDUL LATIF ASYUR. Sinopsis yang boleh diterjemahkan hasil daripada pembacaan yang telah saya laksanakan ialah:


“Dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Ramai manusia yang karam di dalamnya. Oleh itu sediakanlah sampan untuk kamu belayar di atasnya iaitu dengan taqwa kepada Allah. Perjalanan dunia ketika ini hampir pada akhir zaman untuk bertemu dengan penciptanya. Ramai orang yang lebih cinta dan sayang akan kehidupan duniawi yang mempersonakan mata ini, sehinggakan kita lupa akan janji dan nikmat yang kekal abadi di akhirat nanti. Terdapat tiga tanda besar sebagai bukti bahawa dunia akan mengakhiri hayatnya iaitu dengan datangnya IMAN MAHDI sebagai juru petunjuk, diiringi dengan DAJJAL musuh yang dilaknati Allah dan terakhir kemunculan NABI ISA as sebagai insan yang akan membimbing umat ketika itu. Oleh itu, sebelum tiga tanda besar ini bakal menemui kita segeralah memperbaiki diri dengan iman dan amal soleh. Secara umunya, buku yang diberi nama Menunggu Kedatangan IMAN MAHDI, DAJJAL dan NABI ISA as ini mengugkapkan tentang ciri-ciri dan sifat-sifat dari tiga insan yang ditunggu-tunggu itu. Semoga menjadi peringatan dan pedoman bagi kita semua sebagai umat Nabi Muhammad dan hamba kepada Allah s.w.t”.


“Tuntulah Ilmu Dari Buaian hingga Ke Liang Lahat”

NAMA: NUR ATHIRAH BINTI ABDULLAH TAHIR 
NO. MATRIK: 218930
SUBJEK: SGDN 1043 SAINS PEMIKIRAN ETIKA