Ahad, 27 Oktober 2013

kematian suatu kepastian

sesungguhnya, mati adalah suatu perkara yang pasti tapi tidak diketahui bila waktunya, di mana tempatnya dan bagaimana caranya kerana yang berkuasa menentukannya ialah maha pencipta yang teragung. Sesungguhnya, dunia hanya persinggahan semata- mata....coretan duniawi bermula disaat hadirnya dua insan yang bergelar adam dan hawa sebagai penyeri dunia ....maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan seorang manusia. Terciptanya manusia daripada tujuh jenis tanah dan ketahuilah wahai saudaraku  sesungguhnya suatu hari nanti kita akan kembali seperti kejadian asal. SESUNGGUHNYA MATI ITU SUATU KEPASTIAN.......sama- samalah kita wahai saudara seislamku menjejaki syurga Nya yang hakiki. 

Ahad, 13 Oktober 2013

Keiklasan dalam kemaafan

sesungguhnya, diam itu lebih baik daripada berkata-kata...walaupun hidup ini penuh dengan ujian sesungguhnya Dia tidak akan menguji umatnya melebihi kemampuan. Maafkan lah seseorang itu dengan seiklas mungkin walaupun sesungguhnya peristiwa itu tidak akan pernah hilang dalam memori selagi nyawa ini masih tersisa.  Sesungguhnya, dye sahabat aku dan dye juga keluarga islam ku...iklaskanlah.

Isnin, 30 September 2013

sinar hidayah

assalamualikum.....

tanggal 1 oktober 2013..tepat pukol 1.57 am

angin malam sepoi-sepoi bahasa
tirai malam hampir mencecah sinaran mentari
1/3 malam hampir menemui ketikanya
tahajud, solat sunat hampir menghampiri kemuncaknya
dari hari ke hari berlalu dengan penuh keredhaanya
sesungguhnya, aku mencari hijrah dalam kehidupan
akhirnya aku semakin menjumpainya
alhamdulillah semakin terang jalan kearah itu
izinkanlah daku kearahnya......terangilah ia Ya Allah
ucapan khalimah syukur tidak mampu ku luahkan dengan kata-kata
walaupun sebesar zarah sesungguhnya aku milik Nya
sesungguhnya, aku seorang hamba Mu yang daif lagi hina
sedetik aku menghayati peluang ini membuatkan aku kenal erti kehidupan sebenar sebagai umat Nya
Allah besar sungguh hidayah dan nikmat ketenangan Mu ini..
Ya Allah....alhamdulillah..
sujud syukur daripada hamba Mu yang penuh kekurangan ini....salam hijrah

Sabtu, 28 September 2013

Keamanan yang di cantas

Assalamualaikum...salam buat sahabat dan keluarga seagama...agama Islam yang indah dengan penuh ketenangan.



Pada kehidupan yang berbaki ini,aku menjunjung tinggi amanah Mu Ya Allah....bantulah kami hamba yang hina ini. Sesungguhnya kami hanya hamba yang ingin menuju ke Syurga Mu yang abadi...walaupun kami tahu  untuk menuju ke pintu Syurga Mu memerlukan pengabadian, keimanan dan ketaatan kepada Mu. Sesungguhnaya, kami tahu bahawasanya Allah Tuhan kami, nabi Muhammad Rasul kami, Islam agama kami. Kuatkanlah hati kami untuk sentiasa berpegang kepada agama Mu....kami seluruh umat Islam memohon ampun daripada Mu Ya Allah...bantulah keluarga kami di bumi bergolak sana..syahid la mereka yang berjuang kerana Mu Ya Allah.  Kuatkanlah iman kami...tetapkanlah hati kami  dengan cintaMu Ya Allah.

Seindah nur seharum kasturi
selagi diri ini masih bernafas
selagi kematian belum menjemput
selagi itu lah kami berjuang
sesungguhnya...di setiap langkah perjuangan kami
adalah demi agama kami...Islam





 Sesungguhnya.....Islam adalah agama yang indah.